Nor Hashimah Jalaluddin (Ph.D) adalah seorang profesor di Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik. Beliau mengkhusus dalam bidang semantik dan pragmatik. Beliau telah mengajar lebih daripada 20 tahun di UKM. Belaiu juga telah menjalankan 18 penyelidikan yang dibiaya oleh dana dalam dan luar negara. Bidang kajian beliau adalah antar-muka semantik, pragmatik dan tatabahasa, leksikografi, linguistik korpus, bahasa dan pemikiran. Beliau telah menerbitkan 12 buah buku, dan lebih 90 artikel dalam jurnal, bab dalam buku, dan pascasidang. Baru-baru ini beliau telah mendapat dana untuk mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing di La Trobe University, Melbourne. Belaiu juga adalah pakar rujuk bahasa kepada Kementerian Pelajaran, Singapura. Beliau telah terpilih sebagai tenaga pengajar terbaik Sains Sosial untuk dua tahun berturut-turut di samping sebagai penyelia cemerlang bag tahun 2007 dan 2008.. Pencapaian terbaik beliau adalah apabila dianugerahkan sebagai ahli akademik terbilang menerusi ‘Citra Cemerlang Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan’ 2008.
Sunday, October 11, 2009
MY PROFILE
Posted by Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin. SmSa (UKMalaysia), MA (London), PhD (Malaya). at 9:17 PM
Labels: MY PROFILE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment